Saturday, March 29, 2008

Guna blog untuk kempen

Blog adalah satu aplikasi yang paling popular untuk menyebarkan maklumat. Konsep blog juga amat mudah iaitu mempunyai tajuk, kandungan dan ruangan komen dari pembaca. Jika tajuk blog adalah sesuatu yang menarik, para pembaca akan memberi komen atau akan menyebarkan URL content tersebut melalui medium lain seperti
  • SMS link tersebut
  • Meletakkan link di laman blog mereka
  • Memberi link di forum yang akan dibaca oleh ramai orang
  • Memberi link di Yahoo Messenger,MSN,AOL ,Skype dan sebagainya

Di sini kita sudah lihat konsep sistem yang mudah. Blog yang hanya mempunyai elemen yang mudah untuk digunakan dan sistem penyebaran cerita yang amat pantas dan efektif.

Kita ambil contoh. Ahmad mendaftar blog percuma di http://blogspot.com dan menggunakan subdomain http://beritapolitik.blogspot.com . Subdomain yang mudah diingati, pendek akan memudahkan traffic datang ke blog anda. Gunakan servis hosting blog percuma dahulu seperti blogspot.com , wordpress.com dan typepad.com. Biasakan dahulu dengan ciri-ciri blog. Blog yang mudah untuk menjadi popular ialah mempunyai berita yang tulen,original dan terkini. Dengan hanya menggunakan PDA Nokia /02, anda sudah boleh menjadi jurnalis internet. Seperkara lagi, pastikan blog anda mempunyai niche yang tersendiri. Jika anda menfokuskan kepada berita politik negara, tumpukan kepada hanya berita politik sahaja. Dengan gaya ini, audience anda secara tak langsung akan merujuk ke blog anda jika mereka ingin mengetahui berita politik terkini. Adalah lebih baik jika anda boleh mendapat sumber berita politik tempatan ( local di tempat anda ) dan secara tak langsung blog anda menjadi lebih terperinci.

Gambar dan blog sudah sinonim dan jika kandungan blog tidak dihiasi gambar, seperti makan nasi Kandar tanpa kuah kari kepala iklan. Hanya menggunakan handphone anda sebagai sumber kamera, anda boleh membuat liputan laporan politik di tempat anda dan jangan lupa untuk meletakkan nama domain anda di gambar sebagai salah satu cara untuk melindungi copyright.

Topik seterusnya, saya akan bercerita mengenai hosting untuk blog, cara-cara membeli domain, email menggunakan domain.

No comments: