Friday, April 4, 2008

EMAIL : CC vs BCC

Jika anda ingin menghantar email secara manual , anda perlu tahu apa beza CC dan BCC.

CC = Carbon Copy
Meletak address email di ruangan CC, juga akan menghantar salinan email kepada setiap penerima dan setiap penerima boleh tahu siapakah lagi penerima email hanya dengan melihat ruangan CC dia header email.

BCC = Blind Carbon Copy
Dengan meletak address email penerima lain di ruangan ini, setiap penerima email anda tidak tahu, kepada siapakah lagi email ini diforwardkan, jadi penerima beranggapan email itu hanya ditujukan kepada dia seorang.

Kesimpulannya, jika anda ingin membuat email kempen, gunakan fungsi BCC dari CC.

Hobi saya kumpul email 2

Bersambung dari topik saya sebelumnya, Hobi saya kumpul email,
Katakan anda sudah mempunyai 1000 email yang dikumpul dan ingin memulakan kempen internet anda menggunakan email.

Kandungan email kempen mestilah ringkas, guna font yang menyedapkan mata, tidak berjela-jela dan kalau boleh selitkan gambar sebagai hiasan. Sebabnya, orang yang membaca email tidak suka spam, jadi jangan gunakan tajuk seperti
Anda ingin menjadi Jutawan ?,
Kaya dalam masa 12 hari dan sebagainya.

Gunakan tajuk yang lebih personalise seperti,
Hai Siti, saya ada sesuatu untuk kamu
Peluang kerjaya untuk Borhan

Tapi, jika anda ada 30,000 email, takkan nak taip satu satu pula, jadi di sini saya tekankan untuk kumpul email beserta dengan nama tuan punya email tersebut contoh

Email | Nama
siti@test.com | Siti binti situ
borhan@go.com | Abang Borhan

Buat column email dan nama di dalam MS Excel dan mulakan hobi mengumpul anda.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai bagaimana email di hantar.

1. Ahmad dari jongos.com.my mengarang email dan meletak siti@awekbertudung.com sebagai penerima dan zul@abanghensem.com sebagai cc ( carbon copy )

2. Ahmad klik send dan email sekarang telah dihantar ke server MTA ( Mail Transport Agent ) seperti qmail,sendmail.

3. MTA menerima arahan hantar email, dan akan letak dalam queue system mereka dan akan menghantar menggunakan SMTP port 25.

4. Email telah dihantar.

Thursday, April 3, 2008

Hobi saya kumpul email

Personally saya mempunyai himpunan email yang mencecah 28,000 ( 23000 dari Malaysia dan 5,000 dari antarabangsa/corporate ).

Bukan tugas mudah untuk mengumpul email, tapi kena konsisten. Tapi cuba banykangkan, jika hobi yang anda pupuk ini boleh mendatangkan duit serta traffik ?

Buka MS Excel, dan start letak emel satu per satu.

1 hari hanya perlu kumpul 10 email
10 hari dan 100 email
100 hari dan 1000 email
1 tahun = 365 hari = 3650 email

Itu kalau kumpul cara manual, untuk kumpul secara automatik, cuba bayangkan senario berikut.

Anda ada satu topik blog yang penuh dengan gambar dan hanya user yang registered sahaja boleh view. pastikan topik anta itu unik dan menarik, dan dalam setting Wordpress, anda boleh set untuk hanya registered users sahaja boleh baca. Secara tak langsung, anda dah boleh kumpul email.

Bayangkan 1 hari anda kumpul 10-20 email menerusi Blog, dan ditambah pula dengan usaha anda sendiri mengumpul email secara manual, dah dapat 30 email sehari.

Topik seterusnya saya akan bercerita mengenai apa gunanya kita kumpul email.

RTM siarkan blog selama 20 minit

Dipetik dari KL POS,

RTM terbitkan segmen khas untuk penulis blog setiap Ahad Cetak E-mail
Oleh Bernama
Khamis, 03 April 2008

KL: Kementerian Penerangan akan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membolehkan penulis blog atau ’bloggers’ memberikan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung menerusi televisyen.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata program itu selama 20 minit itu akan bermula 20 April ini akan disiarkan di RTM 1 sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.

Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan saja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.

“Seperti yang dimaklumkan bahawa kementerian akan lebih terbuka dengan media alternatif, kami akan adakan slot khas ini, yang bertujuan membincangkan sebarang isu semasa atau yang ditimbulkan oleh ’bloggers’.

“Saya percaya ini langkah ke hadapan yang sentiasa ditunggu dan dialu-alukan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, keputusan itu adalah petanda bahawa kerajaan sentiasa yakin dengan mandat yang diberi oleh rakyat sebelum ini, sekali gus menggambarkan kekuatan kerajaan yang tidak perlu bimbang dan berselindung dalam apa juga keadaan.

Mengulas mengenai pemilihan ’bloggers’ untuk ditemuramah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh panel pemilih RTM dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu yang dibincangkan.